Budak Kecil



 Ana ingin menyampai kan sebuah Kisah budak Kecil. :)

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata :

“Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata 

“Bersedia untuk apa?”.

 “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” 

”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” 

Ayahnya menambah, “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu 

“Benarkan saya pergi ayah?” 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya 

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 

”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah  “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. 

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. 

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. 

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. 

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” 

Dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya 

“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” 

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. 

”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” 

”Seumur hidup sa ya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. 

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 

”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! ALLAHUAKBAR! ..

Subhanallah bertapa indah nya akhak si anak kecil itu dan bertapa kuat nya semangat menyampai kan risalah kepadaa orang2 di kota mereka. . sehingga anak kecil itu langsung tak menghiraukan cuaca hujan lebat dan angin kencang. . bagaimana pulak dengan kita. ??? Tepuk dada tanya iman. :)

Jangan Ditangisi Haid Itu





Khas buat yang bergelar wanita

Ramadhan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda. Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati, “ Alaaa, janganlah period kali ni datang pada akhir 10 ramadhan. Tengah pecutan maximum tu”. Atau pun “ Haa? Period datang double bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji ana sampai macam ni sekali? Ini dikira nikmat atau dugaan? ” dan pelbagai lagi keluhan yang biasa saya terdengar keluar dari mulut ukhti-ukhti saya.


Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini pasti tidak mahu mensia-siakannya. Sudahlah Ramadhan datang sebulan setahun, pastilah mahu memecut sehabis daya kan?

Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? Jangan! Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormone.

Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel ’Untunglaa jadi lelaki..?Sekali lagi jangan! kerana Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

[REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK]

Redha ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sema ada baik atau buruk. Dan redha dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.

Anda perasan tak, bila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah. Ini kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid, dan Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid, maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.

Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar redha dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.

Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca Al-quran (menurut khilaf ulama’) Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.

Namun, masa haid bukanlah masa berehat dari ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.

1- Sediakan juadah berbuka puasa.

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Dia tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan ukhti-ukhti kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah. Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau Ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke SyurgaNya nanti!

2. Bangun Sahur bersama-sama.

Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan ukhti anda bangun qiamullail. Mintakan sekali dia mendoakan anda. Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-quran. InsyaAllah akan terasa sekali roh qiamullai walaupun anda berada di dapur!

3. Tadabbur Al-quran atau mendengar bacaan Al-quran

Jika kita dilarang untuk membaca Al-quran **, tidak salah jika kita mendengar bacaan Al-quran. Tukarkan senarai Playlist di dalam Handphone anda dan isikan dengan mp3 Al-quran. Sekurang-kurangnya jika kita tak sempat untuk khatam Al-quran, kita sudah khatam mendengar bacaan Al-quran. Mari kita membudayakan mendengar Al-quran di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.

4. Istighfar, zikir, Maathurat dan Selawat ke atas Nabi

Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat keatas Nabi SAW. Berzikir boleh dilakukan wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai dari mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Dzikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, menenteramkan hati juga mendatangkan pahala.

5. Menyibukan diri dengan ketaatan dan menjauhkan diri dari kemaksiatan.

Lazimi diri kita untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Andai futur ketika haid, jangan biarkan begitu sahaja. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan rakaman ceramah-ceramah atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama. Kegiatan ini juga menghindarkan kita dari angan-angan kosong atau sekadar melamun tanpa guna atau membiarkan waktu berlalu tanpa faedah.

6. Infaq/ sedekah

Bersedekah umpama kita sedang menabung dalam tabung dan saham akhirat kita. Ganjarannya diganda-gandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadhan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi dosenya hanya kerana anda haid. Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate, anak yang baik, selagi mana dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insyaallah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.

-Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidak menyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormat mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai. Maka, raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.

**Hukum asal membaca Al-quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca Al-quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah.

Wallahu'alam 



SUMBER DARI SINI

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD.



PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD.

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “


Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disis Allah..

SUMBER DARI SINI


Mimpi Seorang Gadis


Cerita ini saya ambil dari sini..
Semoga bermanfaat.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.


Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

Mujahadah itu pahit. Syurga Allah itu manis.


Bissmillahirahmanirahim. Baiklah harini saya nak ceritakan sebuah kisah seorang yang remaja yang bernama Lia. "Lia si gadis sosial" 


Lia adalah remaja yang sosial. Umurnya yang kini ingin memasuki 17 tahun. Hidupnya yang mewah. Mama dan Papanya yang sering ke luar negara atas urusan perkejaan. Jadi, Lia hanya duduk bersama dengan bibik nya sahaja yang dipanggil Mak Yah. Lia dari kecil diajar hidup dalam kehidupan yang amat mewah. Daripada kecil ibu dan bapanya sering sibuk. Dan selalu abaikan anaknya itu. Lia diasuh oleh Mak Yah, yang dia sudah anggap Mak Yah itu seperti ibu kandungnya sendiri. Lia, setiap malam  selalu sahaja keluar rumah, pergi berfoya-foya dengan kawan-kawannya yang tidak kira lelaki atau perempuan. Baginya, bergaul dengan kawan-kawan dia yang tidak kira laki atau perempuan itu, dia anggap tidak penting tentang pergaulan itu. Kerana dia selalu fikir yang dia ingin habiskan waktu mudanya dengan keseronokkan. 

Tambah-tambah apabila di malam minggu iaitu pada hari cuti persekolahan, dia sering mengadakan parti di rumahnya. Dia mengajak semua kawan-kawannya itu berfoya-foya ke rumahnya. Dan Mak Yah itu selalu juga menegur sikap anak majikannya itu. Tetapi Lia seperti tidak mengendahkan teguran Mak Yah itu. Kerana Lia fikir, Mak Yah tidak akan boleh membuat apa-apa terhadap dirinya. Yelah.. Anak majikan kan? Kalau orang gajinya buat apa-apa terhadap dia, mesti Lia memberitahu kepada mama dan papanya. 

Lia ini dianggap gadis yang baik juga. Walaupun sikap dia yang tidak pernah mendengar teguran Mak Yah itu, tetapi dia tidak pernah bersikap kuarang ajar dengan orang-orang yang lebih besar darinya. Kerana dari kecil Mak Yah yang menjaga Lia. Mak Yah mendidik Lia supaya menjadi manusia yang berguna. Mak Yah mengajar Lia membaca Al-Quran, mengajarnya tentang-tentang islam ini. Tetapi, dia kurangkan kasih sayang mama dan papanya. Mungkin itu juga sebab-sebab kenapa Lia menjadi sosial seperti itu. Setiap minggu, bulan, walaupun mama dan papanya berada diluar negara, dia hanya beritahu sahaja kepada mama dan papanya yang dia memerlukan duit. 

Lia juga adalah budak yang boleh dikatakan pandai di sekolah, setiap waktu perperiksaan dia juga selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. Dia ada seorang rakan yang rapat dengannya di sekolah. Namanya Nadia. Rakannya itu bertudung labuh, cantik, sopan santun. Lia ke sekolah dia tidak memakai tudung. Dia tidak pernah pakai tudung di sekolah mahu pun di luar sekolah. Cuma kali terakhir yang dia pakai tudung semasa dia pulang ke kampung kerana neneknya telah meninggal dunia. Itulah kali terakhir dia memakai tudung. Dan, rakannya itu selalu la juga menasihati Lia yang sekarang sudah melampau dengan hidup dia yang terlalu sosial itu. 

Suatu hari, semasa mereka mengulangkaji pelajaran di rumah Lia kawannya itu mengajak Lia pergi ke ceramah di masjid berhadapan di rumah Nadia. Lokasi rumah Nadia dan rumah Lia tidaklah jauh mana. Hanya dalam 500 meter. Dan Nadia berkata kepada Lia,

"Lia, mahukah engkau ikut aku pergi ceramah di masjid berhadapan rumah aku itu?" Nadia berkata kepada Lia. 

Mulanya Lia seperti tidak mahu saja ikut Nadia itu, kerana dia ada perkara ingin berjumpa dengan teman lelakinya. Tetapi, dengan ajakkan Nadia tadi itu penuh dengan kelembutan dan penuh harapan, lalu Lia ikutkan sahaja dalam keadaan terpaksa. Kerana dia tidak mahu lukakan hati sahabatnya itu. 

"Baiklah, aku ikut sahajalah. Pukul berapa? Nanti aku wassap kau, aku datang rumah kau pergi sama-sama" Lia berkata kepada Nadia.

Nadia lalu tersenyum kerana dia berjaya mengajak sahabatnya itu ikut dia pergi ke ceramah itu. Dan Nadia berasa amat bersyukur kerana Lia tidak jadi pergi berjumpa teman lelakinya itu. 

"Baiklah. kita pergi dalam pukul 4 petang ni" Balas Nadia kepada Lia.

Lalu, selepas itu mereka pun bersurailah. Nadia pun pulang ke rumah untuk membuat persiapan untuk ke masjid petang itu nanti. 

Selepas Nadia pulang dari rumahnya, Lia pergi memberitahu kepada Mak Yah yang dia ingin pergi ceramah di masjid pada petang ini. 

"Mak Yah, petang ni Lia mahu ikut Nadia pergi ceramah di masjid. Mak Yah tolong siapkan pakaian saya yang sesuai ya untuk ke masjid itu nanti." Katanya ke Mak Yah. 

Mak Yah lalu mengangguk kan sahaja. Dan selama ini jika Lia ada majlis ilmu-ilmu agama ini, hanya Mak Yah sahaja yang tahu pakaian yang sesuai untuk ke majlis seperti itu. Mak Yah cari pakaian Lia didalam almari, sementara Lia sedang berada di dalam bilik air untuk bersiap-siap ingin ke masjid. Mak Yah carikan baju kurung berwarna kuning bersama tudung bawal yang Mak Yah dah siap gosok dengan kemas. Dalam 10 minit Lia bersiap-siap. Mak Yah mengetuk pintu bilik Lia, Lia membuka pintu dan memberi Mak Yah masuk ke dalam biliknya. Lalu, Mak Yah bertanyakan sesuatu kepada Lia,

"Engkau mahu pergi dengan siapa ni? Dan pukul berapa engkau mahu pulang?"

"Lia pergi dengan Nadia Mak Yah. Dalam pukul 6 petang nanti saya pulang ke rumah. Mak Yah tak perlu risau ya! Hehehe" Lia berkata kepada Mak Yah. 

Lalu Mak Yah pun mengangguk, dan keluar dari bilik Lia. Selepas 5 minit, Lia pun turun ke bawah. Dia sudah bersiap sedia semuanya. Dia bersalam tangan Mak Yah. Lia menghantar mesej kepada Nadia, dia perjalanan kerumah Nadia. Dan Nadia pun sudah bersiap sedia juga. 

Sampai sahaja mereka di masjid, mereka melihat hanya sedikit sahaja yang datang ke masjid itu. Ceramah ni khas untuk kaum hawa sahaja pada waktu petang. Mereka berdua mengambil tempat duduk yang selesa. Ustazah itu pun mulalah ceramahnya yang bertajuk "aurat wanita". Setelah berjam-jam Lia mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustazah itu tadi, Lia pun seperti sudah sedar tentang dirinya yang makin hanyut itu. Kerana dia selalu tinggalkan suruhan Allah. Ustazah itu juga berkata, jika seorang anak perempuannya keluar tanpa menutup aurat, selangkah ayahnya ke neraka. Lia tersentak sekejap mendegar perkataan itu. Walaupun, dia kurang mendapatkan kasih sayang oleh mama dan papanya, dia juga masih ada perasaan sayang kepada kedua orang tuanya yang sudah menjaga dan melahirkannya. Lia tiba-tiba mengalirkan air matanya. Dia menangis mengenangkan hidup dia yang lalu yang penuh dengan sosial. 

Setelah habis ceramah, dia pergi berjumpa ustazah tadi untuk meminta nasihat, dan juga dia berhasrat ingin berubah. Ustazah itu pun memberi sedikit sebanyak kata-kata nasihat kepda Lia. 

Keesokan harinya, dia mengajak Nadia pergi ke bandar. Dia ingin membeli banyak tudung-tudung labuh. Nadia ikutkan sahaja. Kerana dia pun berasa seronok melihat sahabatnya itu sudah kembali ke pangkal jalan. Lia membeli tudung bidang 60 puluh dalam beberapa helai. Lia juga membeli baju-baju yang menutup aurat. 

Selepas selesai mereka membeli belah, Lia menghantar Nadia pulang ke rumah. Dan Lia pun juga terus pulang ke rumah. Dengan perasaan yang gembira Lia pulang ke rumah untuk mencuba baju-baju dan tudung-tudung yang dibelinya tadi. Dia juga memberitahu kepada Mak Yah yang dia ingin berubah kepada yang lebih baik. Mak Yah hanya mengukirkan senyuman dan berasa amat bersyukur sekali. 

Keesokan harinya lagi, Lia pergi ke sekolah dengan memakai tudung. Nadia yang pertama kali melihat Lia menutup aurat dengan sempurnanya. Tetapi, pada waktu yang sama, Lia pun seperti dipandang pelik oleh rakan-rakan kelasnya yang lain. Lia berasa sedikit sedih kerana ramai kawan-kawannya yang lain mengeji, mengutuk, mencaci Lia. Dia berasa ingin menangis. Namun, dia bertahan sahaja air matanya keluar. Dan ada suara-suara kawannya memberi sindiran kasar kepada Lia.

"Eh Lia, kau dah kenapa pakai tudung ni?" 

"Buang tebiat ke?" 

"Nak jadi ustazah pulak dah"

"Dah lah, tak payah nak hipokrik sangatlah Lia!" 

"Baru ingat nak mati ke, selama ni kau tak pikir pulak.? Bergaul sana-sini dengan jantan-jantan tu!" 

"Eleehhh... kau tengok sahaja, esok-esok cabut lah tudung dari kepalanya tu." 

"Bajet alim je... Hahahaha"

Kata-kata yang amat kasar bertalu-talu kena pada diri Lia. Lia tidak mampu nak menahan air matanya yang ingin mengalir keluar. Dia pergi ke tandas. Dia pergi berjumpa dengan Nadia di bilik perpustakaan. Dia mengadukan kepada sahabatnya itu. 

"Nadia, aku rasa tak layaklah pakai begini"

Nadia terkejut mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Lia. Dan bertanyakan kenapa..

"Kenapa ni Lia? Apa yang dah berlaku?" Nadia bertanya.

Selepas Nadia bertanyakan kenapa, Lia pun menceritakanlah apa yang terjadi.

"Tadi semasa aku masuk ke kelas, semua kawan-kawan dia kelas itu mengata aku dengan macam-macam kutukan, sidiran, cacian...." Lia menceritakan apa yang terjadi tadi.

Nadia terkejut sungguh mendengar sebabnya.. Dan Nadia tak sanggup melihat sahabatnya itu menitiskan air matanya. Nadia pun menenangkan Lia yang menangis teresak-esak.. Nadia memberi nasihat kepada Lia.. Dan berkata,

"Lia, sudahlah.. Jangan menangis.. Aku tak boleh melihat sahabat aku menangis seperti ini. Aku harap kau boleh bersabarlah dengan kutukan semua tu.. Ini dah jadi satu kebiasaan bila orang lain melihat orang yang ingin berubah menjadi baik ni. Mesti mereka akan kata-kata begitu. Dan ini juga satu ujian untuk kau Lia.. Allah uji kau, kerana Allah sayang pada kau.. Lagi berat kau diuji olehNya, lagilah Allah sayang pada mu. Kau hanya ingin mencari redha Allah, bukan redha manusia. Kau perlu fikir apa pandangan Allah kepada kau. Jadi, apa yang berlaku pada kau tadi, anggaplah itu hadiah untuk kau. Ingat ya sahabat, bermujahadah itu sangatlah pahit bak hempedu, tetapi kau perlu ingat.. Kerana Syurga Allah itu teramatlah manis bagaikan madu. Kau yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya. Ada sesuatu hikmah apa yang berlaku." 

Kata-kata nasihat Nadia itu membuat Lia semakin sedar.. Ada betulnya juga apa yang Nadia katakan itu. Lia terus mengelap air mata yang membasahi pipinya itu. Dan cuba mengukir senyuman kembali. Selepas ini apa yang berlaku, Lia hanya memekakkan telinga sahaja. 

Selepas itu, waktu sekolah pun tamat. Dia pulang ke rumah, dan berehat.. Lia melihat di telefon bimbitnya ada mesej masuk.. Iaitu mesej daripada kawan-kawan nya di luar sana.. Dan ada satu panggilan tidak berjawab dari teman lelakinya.. Lia mengabaikan panggilan-panggilan yang tidak penting itu.. Lia membuka mesej yang masuk di telefonnya.. Lia membaca mesej itu.. Lihat hanya tidak menjawab mesej itu.. Dia tidak mahu lagi keluar dengan kawan-kawannya yang seperti itu lagi.. Kerana dia tahu, jika ingin berubah dia perlu berkawan dengan orang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar..

Esoknya... Hari sabtu, jadi dia cuti dan hanya duduk dirumah sahaja.. Membantu Mak Yah siap-siap makanan di dapur. Kerana malam itu, mama dan papanya pulang ke tanah air.. Lia yang berasa amat gembira kerana dapat berjumpa mama dan papanya.. Sudah lama tidak berjumpa. Dan ingin meluahkan rasa rindu itu..

Beberapa jam kemudian..

Mama dan papa Lia sampai di rumah.. Lia mengharapkan kepulangan mama dan papanya kegembiraan.. Tetapi sebaliknya yang berlaku.. 

Semasa Lia ingin bersalam dengan mama dan papanya.. Mamanya melihat pelik kepada anaknya itu.. Mereka lihat anaknya sudah bertudung labuh.. Mereka tidak menyambut tangan anaknya yang ingin bersalam itu.. Lalu mereka masuk ke rumah.. Dua-dua dalam keaadaan yang sibuk.. Sehingga tidak fikir anak mereka itu. Mereka seperti tidak merindukan anaknya. 

Selesai sahaja makan malam, mama dan papanya Lia mahu berbincang dengan anak mereka itu. Mama Lia bertanya kepada Lia,

"Lia, when you did start wearing this cloth on your head???!!"

Mama Lia seperti tidak suka melihat anaknya itu pakai begitu.. Dan Lia menjawab kepada mamanya,

"Mama, bukankah kita sebagai wanita islam sepatutnya wajib memakai tudung? Dan wajib menutup aurat?"

"Yelah sayang, tapi umur kamu masih muda lagi nak pakai-pakai semua ni.. Habis tu apa kamu nak buat dengan pakaian-pakaian yang kami beli pada kamu tu?" Papa Lia berkata pada anaknya..

"Papa, Mama.. Tolonglah beri semangat pada Lia, Lia dah tak nak pakai semua pakaian yang tak cukup kain semua tu.. Itu bukan pakaian Lia lagi.. Dan Ustazah pernah berkata pada Lia, jika selangkah anak perempuannya keluar tanpa menutup aurat, selangkah juga ayahnya ke api neraka... Mama, papa.. Kita nak mati tidak kira usia tau.. Dalam muda-muda macam ni, bila-bila masa sahaja Allah menarik nyawa kita"

Mama dan Papa Lia hanya terdiamkan diri.. 

Lalu mama Lia memarahi anaknya itu.. "Hey, you had dared answers with us! Please do not try to teach us!"

Lia hanya mendiamkan diri. Dia mula berasa ingin manangis.. Dan dia berlari masuk ke bilik.. Lia berasa amat sedih kerana mama dan papanya seperti tidak mengizinkan.. Dia berdoa pada Allah.. Kenapa sungguh berat ujian yang diberikan padanya. Dia tidak mampu untuk menahan lagi. Lalu, Mak Yah masuk ke bilik Lia.. Dia menasihati Lia.. Dan Mak Yah memberitahu, esok pagi mama dan papanya sudah mahu pulang ke luar negara.. Lia terkejut. Kenapa terlalu cepat mama papanya mahu pulang. Tidak sempat dia mahu mendapat kasih sayang dari mama dan papanya.. 

Pagi esoknya, mama dan papa Lia sudah bersiap-siap untuk pulang ke luar negara. Lia mahu menahan mama, papanya.. Tetapi dia tidak mampu.. Air mata membasahi pipi.. Dan pulanglah mereka ke luar negara. Lia menangis tidak henti-henti.. 

Dalam beberapa hari itu, Lia mendapat khabar berita dari Mak Yah. Mak Yah memberitahu, dia mendapat panggilan dari papa Lia yang Mama Lia sekarang berada dia ICU. Lia terkejut dan berasa amat risau.. Dia menelefon Papanya bertanyakan keadaan Mamanya itu.. Selepas selesai Lia dan papanya bercakap. Dia meletakkan telefon..

Pada waktu itu, Papa Lia hanya termenung dan memikirkan balik kata-kata dari anak mereka.. Papa Lia berasa amat bersedih.. Dia amat risau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap isterinya.. Lalu papanya telah pun menyedari.. Dirinya hanya bergantung pada Allah S.W.T sahaja sekarang.. Papanya membentang sejadah, lalu dia mendirikan solat dan berdoa pada Allah dengan penuh rasa seperti hamba Allah.. Papa Lia sedar, dia sudah banyak lalai dan melupakan yang Maha Kuasa.. 

Alhamdululillah.... Selepas sahaja dia berdoa, mama Lia telah pun sedar. Segalanya berlaku dengan kuasa Allah S.W.T. Mereka pulang ke tanah air kembali. Tanpa pengetahuan anak mereka.. Sesudah sampai, Lia terkejut lihat di hadapan rumah. Mama dan papanya pulang tanpa pengetahuan Lia. Lia melihat keadaan mamanya yang duduk di kerusi roda.. Lia amat kasihan sekali melihat keadaan mamanya. Dia menangis dan terus memeluk dan bersalam mama dan papanya..

Masuk kedalam rumah, Papa Lia mencerita kan apa yang berlaku. Papanya mencerita apa yang terjadi sewaktu dia sedang solat. Mama Lia mengalirkan air mata.. Sekarang baru mama dan papanya sudah sedar.. Mereka juga telah berubah kearah yang lebih baik. Keluarga Lia sudak kembali ke pangkal jalan. Mama Lia yang sudah menutup aurat dengan sempurna. Papanya pula sudah menjadi ketua keluarga yang tidak pernah meninggalkan solat lagi. 

Kini, Lia dan keluar sudah tinggalkan dunia jahil mereka.. Mereka lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.. Lia pun mengukir senyuman di bibirnya.. Dan dia pun yakin yang segala-galanya berlaku ada hikmah. Dan kini dia tahu, permulaan untuk berubah itu sungguh pahit, tetapi pengakhirannya adalah sebuah kemanisan.. Hidup keluarga Lia kini lebih bahagia..

TAMAT

P/S : Ingatlah, permulaan kita untuk berubah ini sangat pahit. Kerana itu kita perlu bersabar. Memang penghijrahan diri itu terasa amat PAYAH. Ada masa terasa diri KALAH. Ada masa, diri sangat LEMAH. Ada masa diri merasa BERTUAH. Itulah namanya MUHAJADAH. Kerana pengakhirannya InsyaALLAH pasti INDAH. Allahurabbi :')

Disini sahaja ceritanya. Terima kerana sudi membaca.. Dan ambil pengajaran. Sila tegur jika ada kesilapan. :)

Dakwahku bermula disini.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bissmillahirahmanirahim.

Baiklah sahabat-sahabatku semua. Hari ni saya baru nak satu post kat blog ni. Ye saya nak bagitahu, dengan rasmi blog ini saya buat dengan niat ingin berdakwah. InsyaAllah. Blog ini baru sahaja ditubuhkan. Jadi, saya masih ingin lagi cari-cari sebuah cerita yang berkaitan dengan dakwah. Dan saya harap, jika ada admin mana-mana yang post, jika ada sedikit kesilapan mohon  ditegur ya! Alhamdulillah. Terima kasih, di sini sahaja.

Assalamualaikum ^_^